JPMC raikan Hari Sains Makmal Bioperubatan Antarabangsa 2024





Siaran Akhbar dan Foto : Pusat Perubatan Jerudong Park





 

JERUDONG, Jumaat, 3 Mei. - Makmal Bioperubatan memainkan peranan penting dalam sistem penjagaan kesihatan, yang berfungsi dalam menjaga kualiti dan keselamatan pesakit.

 

Tema tahun ini, 'Guardians of Quality and Patient Safety : Biomedical Laboratory Scientists' menekankan kepentingan tersebut.

 

Sehubungan dengan itu, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) meraikan Hari Sains Makmal Bioperubatan Antarabangsa dengan acara istimewa.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pengarah Eksekutif JPMC.

 

Turut hadir wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan, Pusat Pakar Pantai Jerudong dan Gleneagles JPMC, Pengurusan Kanan dan Ketua Jabatan JPMC.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Perunding Mikrobiologi, Dr Awang Haji Mohamad bin Haji Kassim selaku Pengurus Makmal, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

 

Saintis Makmal Bioperubatan memainkan peranan penting dalam diagnosis, pembangunan dan jaminan kualiti, rawatan, penyelidikan dan pembangunan dalam sains perubatan moden.

 

Selama bertahun-tahun, Jabatan Makmal JPMC telah mencapai kecemerlangan dalam kepakaran mereka, memperoleh akreditasi ISO 15189 pertama pada tahun 2017 dan mengekalkan akreditasi tersebut pada tahun 2021, yang lebih menekankan komitmen mereka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik di negara ini.

 

Selain itu, Makmal JPMC mengambil bahagian dalam program Ujian Kecekapan / Penilaian Kualiti Luar dengan College of American Pathologists (CAP), Program Royal College of Pathologists of Australasia Quality Assurance (RCPAQAP) dan Skim Randox International Quality Assessment (RIQAS).

 

Acara kemudian diteruskan dengan lawatan ke pameran-pameran yang disediakan oleh bahagian berlainan Jabatan Makmal JPMC, yang membentangkan peranan dan proses mereka di jabatan dan diakhiri dengan lawatan ke Jabatan Makmal.

 

Jabatan Makmal JPMC komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mengekalkan piawaian akreditasi yang sejajar dengan visi JPMC untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang luar biasa kepada awda.

 

Close